
PETA PERJALANAN





Vancouver - Whistler - Jasper - Calgary - Banff - Vernon - Kelowna - Victoria - Toronto - Ottawa - Quebec City - New Brunswick - Fredericton -Prince Edward Island - Nova Scotia - Halifax - Shediac - Campbellton - Montreal
Western Canada
Eastern Canada
ITINERARI

Itinerari lengkap selama 20 hari 17 malam ni akan membawa anda semua mengembara Canada dari west ke east dan kita akan melintasi 7 wilayah di Canada.
Korang dah boleh cover banyak provinsi dan jugak dapat cover belah west dan east.
KENAPA CANADA?

Bila kita travel ke Canada dari West ke East, barulah rasa pengalaman Canada yang sebenar. Dari suasana West yang moden dan santai, kita lalu kawasan luar bandar yang luas dan tenang, sehinggalah tiba di East yang penuh dengan sejarah dan karakter tersendiri.
Trip ini bukan sekadar pergi bercuti, tapi betul-betul menikmati perjalanan merentas benua yang sukar dilupakan.
MEMORI TRIP
















DAY 1: KUL - YVR / ARRIVAL (VANCOUVER - YVR AIRPORT)
Pengembaraan ke bumi Canada bermula pada hari pertama perlepasan ke Vancouver di KLIA Airport.
Tiba di Vancouver Airport pada hari yang sama waktu Canada dan trip kita akan bermula pada waktu petang. Sebaik tiba, kita akan bergerak ke restaurant untuk makan malam sebelum daftar masuk ke hotel.
Bermalam di Vancouver.


DAY 2: SEA-TO-THE SKY HIGHWAY & WHISTLER
Hari ini kita akan bergerak ke bandar Whistler melalui jalan Sea-to-the-Sky-Highway, yang merupakan antara jalan paling menakjubkan di British Columbia.
Peserta diberi pilihan untuk memilih aktiviti tambahan sama ada Sea-to-Sky Gondola atau air terjun Shannon.
Seterusnya kita akan melawat air terjun Brandywine dan bersiar-siar di perkampungan Alphine Whistler. Kita akan lunch di bandar Whistler di salah satu restaurant halal yang terdapat di sana.
Perjalanan kita diteruskan ke Kamloops melalui laluan dramatik Tasik Duffey dan pemandangan air biru jernih tasik Seton.
Hari kedua berakhir di Kamloops untuk daftar masuk hotel.








DAY 3: WELLS GRAY PROVINCIAL PARK & JASPER
Kita bertolak ke Wells Gray Provincial Park untuk melawat beberapa air terjun iaitu air terjun Helmcken yang terhasil daripada sungai Murtle yang jatuh ke dalam gaung batu basalt dan Spahats Creek yang menawarkan pemandangan landskap geologi yang unik.
Seterusnya, kita akan singgah di bandar Valemont untuk makan tengahari disana dan kita akan sambung perjalanan ke Jasper melalui kawasan gunung Robson sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan. Kita akan berhenti di salah satu viewpoint yang ikonik berlatarkan gunung Robson untuk bergambar.
Kemudian, kita akan melakukan aktiviti bebas dan santai di bandar Jasper sambil membeli-belah disana.
Hari ketiga bermalam di bandar Jasper/Hinton.








DAY 4: JASPER NATIONAL PARK & THE ICEFIELDS PARKWAY
Untuk hari ini, perjalanan kita akan menyusuri Icefields Parkway, sebuah laluan yang diiktiraf sebagai antara jalan raya tercantik di dunia yang merentasi keindahan semula jadi Jasper National Park.
Hentian pertama ialah Athabasca Falls, di mana anda dapat melihat bagaimana air sungai mengukir batu-batuan selama ribuan tahun, menghasilkan gaung dramatik yang mendalam.
Seterusnya, kita akan menuju ke Athabasca Glacier, yang menyajikan keindahan glasier dari jarak dekat. Terdapat beberapa aktiviti tambahan seperti berjalan di atas glacier dan menyusuri Glacier Skywalk yang merupakan jambatan kaca yang tergantung tinggi di atas lembah berbatu. Kita akan makan tengahari di Columbia Icefield yang berlatar belakangkan glacier yang gah.
Sebelum bertolak ke Calgary, kita akan singgah ke Peyto Lake yang terkenal dengan air berwarna turquoise dan tidak jauh dari situ kita akan menuju ke Bow Lake yang memaparkan pantulan gunung-ganang di permukaan airnya yang tenang. Setelah seharian merentasi potret pemandangan paling indah, perjalanan diteruskan menuju ke Calgary.
Hari kita berakhir di Calgary.








DAY 5: CALGARY
Hari anda di Calgary bermula dengan bersiar-siar di Scotsman’s Hill, iaitu lokasi popular yang menawarkan pemandangan menyeluruh pusat bandar Calgary dari sudut yang tinggi.
Seterusnya, kita akan menuju ke Heritage Park Historical Village yang merupakan taman sejarah yang membawa anda kembali ke era awal peneroka Canada.
Perjalanan di teruskan ke downtown Calgary untuk merasai denyut nadi kota yang progresif namun masih mengekalkan identiti lamanya. Untuk pengalaman yang lebih bermakna, anda boleh melawat Calgary Tower yang menawarkan pemandangan 360 darjah dari lantai kaca menara tersebut.
Aktiviti diteruskan dengan melawat Stephen Avenue Walk, laluan pejalan kaki yang bersejarah dipenuhi butik, galeri seni, restaurant dan arkitektur klasik yang dipelihara.
Hari kita berakhir di Calgary.








DAY 6: BANFF & YOHO NATIONAL PARK
Hari ini dimulakan dengan lawatan ke Banff National Park & Yoho National Park yang merupakan dua taman negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi di Alberta dan British Columbia. Kita akan bersiar-siar di bandar Banff dan bergambar di tempat viewpoint yang wajib di sana.
Seterusnya kita akan dibawa ke Lake Moraine dan Lake Louise dengan menaiki bas yang disediakan. Tasik glacier ini terkenal dengan warna airnya yang biru kehijauan memukau setiap pengunjung yang datang. Kita akan makan tengahari di sini sambil menikmati keindahan yang tiada tandingnya.
Perjalanan diteruskan ke Emerald Lake dengan menaiki MPV yang memaparkan rona hijau zamrudnya, serta Natural Bridge yang merupakan formasi batu semula jadi yang terbentuk akibat hakisan air sungai, menampilkan kuasa alam yang luar biasa.
Selepas melawat kedua-dua taman negara ini, kita akan meneruskan perjalanan ke Revelstoke.
Hari kita berakhir di Revelstoke.








DAY 7: VERNON & KELOWNA
Hari ini dimulakan dengan perjalanan ke Vernon, sambil menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Setibanya di sana, kita akan melawat Lake Mara dan diikuti dengan Davison Orchards yang merupakan sebuah ladang buah yang terkenal. Di sini, kita berpeluang untuk melakukan aktiviti memetik buahan-buahan buat semua peringkat umur.
Setelah itu, perjalanan diteruskan ke Kelowna, sebuah bandar yang menarik di tepi Okanagan Lake. Kita akan bersiar-siar di sini dan makan tengahari.
Perjalanan kita diteruskan dengan menuju ke Vancouver.
Hari kita berakhir di Vancouver.








DAY 8: VICTORIA & BUTCHART GARDENS
Perjalanan kita dimulakan dengan menaiki feri ke Victoria, ibukota British Columbia yang menawarkan pemandangan laut dan pulau-pulau yang menakjubkan sepanjang perjalanan dan anda juga berpeluang untuk membeli-belah di atas feri.
Setelah sampai, kita akan menaiki MPV dan melawat BC Legislative Assembly yang merupakan bangunan bersejarah dalam sejarah politik Canada. Kita akan singgah makan fish & chips di Victoria Waterfront.
Selepas itu, kita akan bergerak ke Butchart Garden iaitu taman bunga terkenal dengan mempunyai pelbagai jenis flora yang berwarna-warni. Taman ini terus berkembang lebih daripada 100 tahun.
Akhirnya, kita akan kembali ke Vancouver dengan menaiki feri yang merupakan penutup bagi aktiviti kita untuk hari ini.
Hari kita berakhir di Vancouver.






DAY 9: VANCOUVER / YVR - YYZ
Hari terakhir lawatan kita di Vancouver dimulakan dengan aktiviti bersiar-siar di Stanley Park, yang merupakan taman terkenal di Vancouver.
Perjalanan diteruskan ke downtown Vancouver, khususnya Granville Street Mall dan Granville Island Public Market. Kita akan singgah makan tengahari di sini sebelum berangkat ke airport untuk penerbangan menuju Toronto (YYZ).
Setibanya di Toronto, kita akan terus bergerak ke hotel untuk daftar masuk.
Hari kita berakhir di Toronto.








DAY 10: NIAGARA FALLS & TORONTO PREMIUM OUTLETS
Pagi kita dimulakan dengan menuju ke Niagara Falls, salah satu tarikan semula jadi paling terkenal di dunia. Bagi mereka yang ingin pengalaman lebih dekat, terdapat aktiviti pilihan iaitu Niagara Falls City Cruise di mana pengunjung boleh menaiki bot untuk merasai kehebatan air terjun.
Seterusnya, kita akan bergerak ke Toronto Premium Outlets untuk aktiviti membeli-belah. Datang sini tak sah kalau tak shopping barang branded seperti Gucci, Tumi, Micheal Kors dan sebagainya sebab harga sangat murah berbanding Malaysia.
Hari kita berakhir di Toronto.






DAY 11: TORONTO & THE THOUSAND ISLANDS
Pagi kita diteruskan dengan bersiar-siar di bandar Toronto. Perjalanan bermula dengan melawat Rogers Centre, CN Tower, Yonge Street dan St. Lawrence Market.
Pada sebelah petang, perjalanan diteruskan ke Thousand Islands, sebuah destinasi yang kaya dengan pemandangan semula jadi dan pulau-pulau kecil yang mempesona. Di sini, kita berpeluang menikmati 1-Hour Discovery Cruise untuk melihat keindahan pulau-pulau yang terdapat di sana.
Hari kita berakhir di Gananoque.








DAY 12: OTTAWA
Hari ini kita akan bergerak ke Ottawa, ibu negara Canada yang terkenal dengan gabungan seni bina bersejarah. Kita akan melawat City Hall yang merupakan bangunan pentadbiran yang menjadi pusat kepimpinan bandar.
Seterusnya, kita akan melawat Parliament Hill, Centennial Flame dan Sparks Street.
Pada sebelah petang, kita akan bergerak ke Quebec City.
Hari kita berakhir di Quebec City.








DAY 13: QUEBEC CITY & NEW BRUNSWICK
Pagi kita dimulakan dengan bersiar-siar di bandar Quebec City, ibu negeri Quebec yang terkenal dengan suasana Eropah dan warisan sejarahnya yang terpelihara. Kita akan melawat Vieux-Quebec, Place Royale dan La Citadelle de Quebec
Seterusnya, lawatan kita diteruskan ke Fredericton dengan melalui bandar Edmundston dan singgah di Hartland Covered Bridge iaitu jambatan berbumbung kayu terpanjang di dunia.
Hari kita berakhir di Fredericton.








DAY 14: FREDERICTION & PRINCE EDWARD ISLAND
Hari ini kita akan bersiar-siar di bandar Fredericton iaitu ibu negeri New Brunswick yang terkenal dengan bandar yang bersejarah melalu kawasan downtown dan riverfront di mana pemandangan sungai yang tenang dan terjaga rapi.
Perjalanan kita diteruskan ke Prince Edward Island, sebuah pulau yang terkenal dengan landskap hijau dan warisan sejarahnya. Kita akan melawat Charlottetown bandar yang digelar “Birthplace of Canada”, Prince Edward Island National Park dan juga Cavendish Beach yang popular dengan pasir merah keemasan dan pemandangan laut yang menakjubkan.
Hari kita akan berakhir di Prince Edward Island.








DAY 15: NOVA SCOTIA & HALIFAX
Hari ini perjalanan diteruskan ke Halifax, ibu negeri Nova Scotia, melalui Confederation Bridge—jambatan ikonik sepanjang 12.9 kilometer yang menghubungkan Prince Edward Island dengan tanah besar Canada.
Kita akan melawat Peggy’s Cove, Halifax Waterfront, Halifax Citadel National Historic Site, kubu bersejarah yang menjadi simbol ketenteraan dan identiti bandar ini.
Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman tambahan, terdapat pilihan untuk menaiki Harbour Cruise yang menawarkan pemandangan indah bandar Halifax dari perairan pelabuhan.
Hari kita akan berakhir di Halifax.








DAY 16: SHEDIAC, BATHURST & CAMPBELLTON
Perjalanan hari ini bermula dengan pemindahan ke Shediac, sebuah bandar pesisir yang digelar “Lobster Capital of the World”.
Setibanya di sana, kita akan melawat patung lobster terbesar di dunia, sebuah tarikan ikonik yang melambangkan identiti dan tradisi perikanan bandar ini. Kita turut berpeluang menikmati hidangan lobster segar untuk makan tengah hari, dengan kos ditanggung sendiri.
Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Bathurst dan seterusnya Campbellton, sebuah bandar yang dikenali sebagai “Salmon Capital of the World”. Di sini, kita melawat patung Atlantic salmon terbesar di dunia, yang menjadi simbol budaya memancing dan sejarah komuniti setempat. Pemandangan sungai serta landskap semula jadi sekitar kawasan ini menambah keunikan lawatan.
Hari kita akan berakhir di Campbellton.








DAY 17: RIMOUSKI, RIVIERE-DU-LOUP & THE ST. LAWRENCE RIVER
Perjalanan hari ini kita akan bergerak ke Rimouski, sebuah bandar pesisir di Quebec yang terkenal dengan sejarah maritimnya. Kita akan bergerak ke Pointe-au-Père Maritime Historic Site yang menampilkan mercu ikonik, pameran maritim, serta kisah tragedi kapal RMS Empress of Ireland.
Lawatan kita diteruskan ke Promenade de la Mer, dan Rivière-du-Loup melalui laluan landskap indah yang menyusuri tebing Sungai Saint Lawrence.
Seterusnya, kita akan bergerak ke Quebec City, menandakan penghujung hari kita.
Hari kita akan berakhir di Prince Edward Island.








DAY 18: MONTREAL / DEPARTURE (MONTREAL-YUL AIRPORT)
Hari ini, perjalanan diteruskan ke Montreal, sebuah bandar kosmopolitan yang terkenal dengan gabungan budaya Eropah dan moden. Kita akan melawat Vieux-Montréal, Notre-Dame Basilica, gereja bersejarah yang terkenal dengan seni bina neo-Gothic yang menakjubkan serta interior yang dihiasi ukiran kayu. Pengalaman ini memberikan gambaran mendalam tentang warisan seni dan budaya Montreal.
Seterusnya, rombongan dibawa ke La Grande Roue de Montréal, setinggi 60 meter yang menawarkan pemandangan bandar dari atas.
Akhir sekali, kita akan menuju ke airport dan aktiviti kita berakhir pada sebelah petang. Kita akan menaiki kapal terbang menuju ke Kuala Lumpur.








DAY 19 & 20: MONTREAL / DEPARTURE (MONTREAL - YUL AIRPORT)
Kita berada dalam penerbangan menuju ke Kuala Lumpur (KUL).
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).


TRIP NI DIREKA UNTUK SEMUA GOLONGAN UMUR YANG BERJIWA PENGEMBARA
Hotel bertaraf 3 bintang yang selesa.
Kenderaan MPV 12-seater yang luas dan selesa untuk aktiviti bersiar-siar dan airport transfer.
Menggunakan MPV bagi memudahkan pergerakan dan berhenti bila-bila kita nak.
Bilangan peserta kecil (9-10 orang) sahaja setiap trip.



FEEDBACK DARI CLIENTS
★★★★★
★★★★★
★★★★★
★★★★★
In late-May 2024, our group went for Trans Canada Voyager with Inspire Travel Malaysia. And that was one of the best trip we had in a while!
So many beautiful places we visit, that somehow we could not believe those places exist! So magnificent & majestic.
The planning & organisation done by the company is to praised for. They know what to do & the crew @ travel assistant for this trip well verse on the places we visit. Really recommended.
And now, we all are looking forward to our next trip with them to USA next year. 👍👍
HH's Home
This was an awesome trip. I liked everything included in the itinerary.
I didn’t have to worry about anything at all since Hakimi took care of booking and planning everything. It made the entire trip hassle-free and more enjoyable
It really allowed us to explore what Canada has to offer. I especially loved the mountains there, I had no idea Canada had any.
Visiting many kind of waterfalls , glacier , Lake Morain , Lake Peyto and its turquoise water is a must do as well, which this tour includes.
Great planning by Hakimi and his company (Inspire Travel).I've been on many tours before and this was one of the best , was impressed with everything and could not have asked for better. They did a great job at showing Canada and its amazing mixtures of nature in the west and modern cities in the east
I highly recommend this tour ;
TransVoyager of Canada by Inspire Travel !
Manshor Ibrahim
Salam, our Transcanada journey was amazing, suited for people like us. We had a very understanding, wonderful tour leader who tries his utmost best to fulfil our needs.
I should say a commendable job indeed tqsm Hakimi, i would reccommend the tour leader as well as inspire for anyone who values good services.
Norherani Moning
Its a perfect opportunity for a wonderful holidays and bring back some memories on Trans Canada Voyager's amazing & unforgettable adventures. I highly recommend Inspire Travel (M) to any of my family & friends, Really impressive.
Ezza is our lady MacGyver! All-in-one and such a friendly travel companion. Her calm demeanor is very reassuring. Ezza, IOU a million thanks for ensuring our safety, comfort & pleasant journey throughout the trip. It is also worth mentioning that Ezza is one heck of a driver, Salute!
My highlight of this trip was the boat cruise along Niagara Falls. Its roaring sounds, the mists and splashes are the ultimate adrenaline rush, thrills & excitement. Apart from enjoying stunning scenic views and colourful Autumn foliage, we also had much fun and laughters amidst funny, witty moments.
Overall, we were a happy bunch and recommend this trip to everyone! It was a tour of a lifetime! (Trans Canada Voyager).
Tq Inspire Travel (M) for making it possible for us.
Ernezebeth Dinopol
ANDA BERMINAT?
Hubungi melalui medium di bawah untuk info lanjut.
Hak Cipta Terpelihara © 2025 Inspire Travel Malaysia.
Email : ezza.inspire@gmail.com
Phone Number : 018-9889100 (Ezza)
Office Number : 03-41419419
Office Email : hello@myinspiretravel.com
Dimiliki oleh Insipre Travel Malaysia Sdn.Bhd (1244202-K)
Lesen Kementerian Pelancongan : KPL/LN: 10450
Temui Kami
3-2, Jalan Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 53300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
